Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang memerlukan.
Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Senarai Bantuan Kewangan JKM
Bantuan Kanak-Kanak
Bantua Kanak-Kanak atau BKK adalah bantuan yang diberikan bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Kadar BKK adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM,1000 sebulan bagi keluarga.
Bantuan Anak Pelihara
Bantuan kewangan ini diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Bantuan Am Persekutuan
Bantuan ini pula melibatkan kewangan sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Tujuan utamanya adalah bagi membantu individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Bantuan Warga Emas
Bantuan Warga Emas ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan.
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
Insentif ini melibatkan kadar bantuan sebanyak RM450 sebulan seorang. Ia diberikan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Syarat-syarat Kelayakan & Cara Memohon
Untuk maklumat syarat-syarat kelayakan, ia boleh dilihat di Portal Rasmi JKM. Bagi permohonan pula, ia boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.