15 tahun ponteng kerja, lelaki ni tetap dapat gaji penuh setiap bulan!

Seorang lelaki di Itali telah dinobatkan sebagai ‘Raja Poteng’ selepas dilaporkan tidak datang bekerja selama 15 tahun, tetapi tetap menerima gaji setiap bulan.

Memetik laporan media Itali, Ansa – lelaki yang dikenali sebagai Salvatore Scumace, 66 tahun itu bekerja di Pusat Operasi Kecemasan Kebakaran Hospital Pugliese Ciaccio dan telah menerima gaji sebanyak £464,000 (RM2.7 juta) walaupun tidak hadir ke ke hospital berkenaan sejak diambil bekerja pada tahun 2005.

Disebabkan tindakannya itu, Scumace kini berdepan dengan beberapa pertuduhan termasuklah penipuan, pemerasan dan penyalahgunaan jawatan.

Enam orang pengurus hospital juga dilaporkan telah diletakkan di bawah siasatan kerana terbabit dengan kes tersebut.

Dalam masa sama, Scumace turut didakwa telah mengugut seorang pengurus hospital berkenaan bagi menghalangnya dari melaporkan ketidakhadiran Scumace itu.

Pada 2016, kerajaan Itali telah memperketat undang-undang terhadap sektor pekerjaan setelah berlakunya beberapa siasatan polis berprofil tinggi tentang kes ponteng di sektor awam.

Sumber: The Guardian & CNBC.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…