255 juta orang hilang kerja. Keadaan sekarang lebih teruk dari Krisis Kewangan 2008?

Hambatan pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap pasaran buruh dunia sehingga menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam laporannya baru-baru ini menyatakan – peratusan pekerja yang tinggal di negara-negara dengan sekatan berkaitan Covid-19 masih lagi tinggi iaitu sebanyak 93 peratus.

Hal ini tambah membimbangkan apabila badan antarabangsa itu juga mendapati dunia kehilangan 8.8 peratus waktu bekerja pada tahun lalu (2020) dan nilai itu bersamaan dengan 255 juta orang pekerja sepenuh masa. Ia sekaligus menjadikan keadaan ketika ini empat kali lebih teruk berbanding Krisis Kewangan Global 2008.

Sejak 15 tahun sebelum munculnya wabak COVID-19, purata jam bekerja bagi setiap orang yang bekerja (berumur 15 hingga 64) adalah antara 27 ke 28 jam seminggu. Ia bagaimanapun menurun dengan ketara sebanyak 2.5 jam iaitu dari 27.2 jam seminggu pada tahun 2019 kepada 24.7 jam seminggu pada tahun 2020.

Sebagai perbandingan, keadaan berbeza ketika Krisis 2008 melanda kerana purata waktu bekerja hanya menurun sebanyak 0.6 jam antara tahun 2008 dan 2009.

“Di peringkat global, penurunan jam kerja pada tahun 2020 diterjemahkan ke dalam kehilangan pekerjaan dan pengurangan waktu kerja bagi mereka yang tetap bekerja, dengan variasi yang ketara di seluruh rantau.” – Petikan dari laporan ILO.

Rajah yang dikeluarkan oleh ILO. Klik sini untuk baca laporan penuh.

Dalam masa sama, kehilangan perkerjaan juga memperlihatkan lebih tinggi terhadap golongan wanita (sebanyak 5.0 peratus) berbanding lelaki (3.9 peratus), dan golongan muda (sebanyak 8.7 peratus) berbanding pekerja berusia.

Majoriti golongan muda yang tidak bekerja dan telah masuk bekerja pada asasnya bukanlah terus dikategorikan sebagai menganggur, sebaliknya ada yang digugurkan dari pekerjaan atau ditangguhkan kemasukan ke sesebuah syarikat.

Di samping itu, unjuran untuk tahun 2021 masih lagi berada pada tahap ketidakpastian yang sangat tinggi, khususnya berkenaan dengan evolusi pandemik dan tindak balas dasar yang akan dilaksanakan.

“Dunia memasuki tahun 2021 masih menghadapi krisis pekerjaan dan pendapatan yang belum pernah terjadi sebelumnya dan tahap ketidakpastian yang meningkat. Sepanjang tahun, respons polisi harus menggabungkan peluncuran vaksinasi, langkah-langkah kesihatan rakyat, dan langkah-langkah pendokong untuk ekonomi dan pasaran tenaga kerja.” – Petikan dari laporan ILO.

 

Sumber: Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…