Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dan mahkamah rayuan terakhir di Malaysia. Antara bidang kuasanya adalah menentukan kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu negeri. Ia juga mendengar rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Selaras dengan peranannya itu, kini Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat jawatan:
- Jawatan: Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
- Kumpulan: Pelaksana
- Kekosongan: 210
- Simpanan: 45
Syarat-syarat kelayakan jawatan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,355.00) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,411.40) atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred L19 : RM1,467.80)
Bidang tugas jawatan:
- Bertanggungjawab menemuduga pelanggan dan mengambil butiran diri pelanggan untuk membuat catatan penyiasatan dan membuat ujian kemampuan.
- Bertindak sebagai kerani litigasi yang membantu pegawai membuat siasatan berkaitan dengan dokumen yang dikemukakan oleh anak guam.
- Menjawab panggilan telefon atas urusan-urusan rasmi berkaitan kes-kes sivil.
- Membuat pendaftaran kes ke dalam Case Management System (CMS).
- Menyediakan laporan bulanan statistik kes.
Cara memohon:
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 JUN 2021, Ahad (11.59 malam).
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021