283 kekosongan jawatan di unit Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) ~ Gaji RM2,315 – RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di MAMPU adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  • Kenaikan Gaji Tahunan: RM225
  • Kekosongan: 133
  • Simpanan: 150

Syarat-syarat kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki kelayakan akademik –
    • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau
    • Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau
    • Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau
    • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).

Syarat kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang tugas

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Cara memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat rasmi iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Hanya permohonan yang menepati syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 JULAI 2021, AHAD (11.59 malam).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang memerlukan, melalui pelbagai inisiatif bantuan. Dari bantuan kewangan untuk keluarga…
Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…