30 kekosongan jawatan dibuka di Kementerian Dalam Negeri (KDN): Minima SPM layak memohon

Penubuhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah bertitik tolak dari tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri pada tahun 1951. Menjelang tahun 1959, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah ditubuhkan sebelum dinamakan sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1965.

Akhirnya pada tahun 2008, ia dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri dengan merangkumi beberapa peranan penting seperti memelihara keselamatan dan ketenteraman awam; menguruskan hal ehwal Imigresen, mengawal sempadan negara; menguruskan hal ehwal pendaftaran dan sebagainya.

Selaras dengan peranannya itu, kini KDN telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat jawatan:

  • Jawatan: Pemeriksa Cap Jari Gred N19
  • Kekosongan: 10
  • Simpanan: 20

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat jawatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 MEI 2021, Ahad (11.59 malam).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…