Perkhidmatan Awam

30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 – RM9,585: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon-calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka di Jabatan Audit Negara.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam

JURUAUDIT GRED W41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jabatan: Jabatan Audit Negara
  • Jadual Gaji: RM2,094 – RM9,585
  • Taraf Pelantikan:
    • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
    • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,300.73); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,819.63); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41); atau
    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:RM3,027.19)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Mengaudit dan menyediakan draf Laporan Audit, Akaun-akaun Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Agama Islam dan lain-lain kumpulan wang.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan secara atas talian (online) di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA (SPA9).

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Akan tetapi, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 18 NOVEMBER 2024, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Jabatan Audit Negara adalah jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia kewangan di dalam Malaysia. Visinya adalah sebagai Institusi Audit yang lebih bebas dan profesional serta bertaraf antarabangsa.

Misinya pula adalah melaksanakan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan antarabangsa bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Objektif utama jabatan ini adalah:

  1. Menyediakan laporan audit pada masanya untuk dikemukakan kepada Parlimen/ Dewan Undangan Negeri
  2. Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan Laporan secara bebas dan adil
  3. Memenuhi keperluan dan harapan daripada pemegang taruh dan Auditi
  4. Menguruskan aktiviti audit dengan cekap dan berkesan
  5. Menjadi Jabatan contoh dalam persekitaran sektor awam setaraf dengan negara maju

 

Pada asasnya setiap Sektor Audit kecuali Sektor Audit Khas dan Penyelidikan akan menjalankan 3 Pengauditan Utama setiap tahun iaitu Pengauditan Penyata Kewangan; Pengauditan Pengurusan Kewangan; dan Pengauditan Prestasi.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…