500 kekosongan di bawah MySTEP di Jabatan Perangkaan Malaysia: Ada & tiada SPM boleh memohon

Jabatan Perangkaan Malaysia pada asalnya dikenali sebagai Biro Statistik dan telah ditubuhkan sejak tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949. Menjelang tahun 1965, agensi kerajaan ini telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dengan tanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebarkan perangkaan yang bertepatan pada masanya dan terkini.

Antara ojektif utama agensi ini adalah bagi meningkatkan keupayaan penyelidikan dan analisis data, serta menggunakan metodologi statistik dan teknologi yang terbaik secara maksimum.

Selaras dengan objektifnya itu, kini Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan telah membuka 500 kekosongan jawatan sebagai PEMBANCI di bawah inisiatif MySTEP.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Mempunyai kemahiran penggunaan aplikasi telefon pintar.
  • Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum.
  • Seorang yang berdisiplin.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki pengangkutan sendiri.

 

Permohonan juga terbuka kepada mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dan tidak mempunyai sijil berkenaan dengan skim gaji seperti berikut:

  • SPM: RM1,600/sebulan
  • Tiada SPM: RM1,400/sebulan

 

Lokasi pekerjaan jawatan ini adalah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Cara memohon:

Untuk iklan jawatan secara terperinci, calon boleh melayari laman MyFutureJobs bagi maklumat lanjut. Permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan memilih jawatan yang hendak dimohon dan klik ‘Mohon’.

Tarikh akhir permohonan adalah pada 06 MEI 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…