KWSP

6 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dibuat sebelum usia 55 tahun secara atas talian (online)

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Akan tetapi, sebenarnya terdapat pelbagai lagi perkara yang membolehkan para ahli membuat pengeluaran simpanan mereka sebelum berusia 55 tahun. Antaranya adalah seperti berikut: –

Beli & Bina Rumah

Bagi para ahli KWSP yang ingin membeli atau membina rumah, mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan dalam Akaun 2. Rumah kediaman yang hendak dibeli itu perlulah merupakan jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Bina rumah pula merangkumi pembelian dengan tanah atau membina rumah di atas tanah yang dimiliki. Kos membeli tanah boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua tahun dari tarikh Perjanjian Bina Rumah.

Pembiayaan Pendidikan

Ahli KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Bagi membantu ahli, pihak KWSP juga membenarkan pengeluaran bagi tujuan mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan. Antara syarat utama pengeluaran ini adalah ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Telah membeli/membina rumah kediaman dan mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan.

Pembayaran Ansuran Pinjaman Perumahan

KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan dari Akaun 2 untuk membantu ahli membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan mereka selesai.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tujuan Kesihatan

Ahli yang mempunyai masalah kesihatan dibenarkan untuk membuat pengeluaran mereka bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Menunaikan Haji

Kepada ahli yang merancang untuk menunaikan haji, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan Lembaga Tabung Haji. Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…