Seperti mana yang dunia tahu, masyarakat Palestin khususnya di Gaza sehingga ke hari ini tidak pernah putus dari menerima segala bentuk serangan, penindasan dan penjajahan rejim Zionis Israel.
Negara haram itu semakin menunjukkan keangkuhannya pada 7 Mei lalu apabila bertindak melakukan serangan terhadap para rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat tarawih di kiblat pertama umat Islam Masjid al-Aqsa.
Ketegangan kemudianya memuncak apabila rejim itu turut melakukan serangan demi serangan di Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan hampir 200 nyawa terkorban, selain kemusnahan harta benda.
Prihatin dengan penderitaan yang menimpa para penduduk Palestin, ramai pihak telah tampil menghulurkan bantuan sama ada atas kapasiti individu, pertubuhan bukan kerajaan, negara dan sebagainya.
Rakyat Malaysia yang prihatin juga turut sama menyumbang bagi meringankan beban mereka yang terjejas. Bagaimanapun, seperti mana sumbangan-sumbangan lain, kita sudah semestinya mahukan sumbangan itu melalui saluran yang betul supaya sampai ke pihak yang disasarkan.
Oleh itu, berikut adalah senarai pertubuhan-pertubuhan dipercayai yang boleh disalurkan sumbangan melaluinya bagi membantu rakyat Palestin:
1. Persatuan Cinta Gaza (CGM)
- Alamat: No. 6-37-2 (Aras 1, Jln Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Sumbangan boleh dilakukan ke akaun bank Maybank (5648 1050 7826) atau melalui laman web persatuan ini DI SINI.
2.Global Peace Mission Malaysia (GPM)
- Alamat: 33-1 Jalan 2A / 27A, Wangsa Maju, Seksyen 1, 53300 Kuala Lumpur.
Global Peace Mission (GPM) Malaysia adalah Yayasan Amanah yang diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan ditubuhkan pada 26 September 2001. Ia tertubuh sebagai sebuah gerakan yang memprotes pengisytiharan perang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap Afghanistan setelah peristiwa 11 September 2001.
Sumbangan boleh dibuat ke akaun bank:
- Maybank: 5642 2161 1602
- Bank Islam: 1402 3010 0292 24
Maklumat lanjut tentang aktiviti GPM boleh dirujuk DI SINI.
3. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
- Alamat: No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) adalah sebuah gabungan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan aspirasi Islam di Malaysia. MAPIM dipimpin oleh Mohd Azmi Abdul Hamid.
Dalam usaha membantu Palestin, badan ini telah memperkenalkan Tabung Kilat Bantuan Kemanusiaan Gaza (MAPIM). Sumbangan boleh disalurkan melalui LAMAN INI, atau menerusi akaun Maybank Dana MAPIM: 5628 3463 6620.
4) Malaysia For Syria (MFS)
- Alamat: 33-1, Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur.
Malaysia For Syria (MFS) atau juga dikenali sebagai Malaysian Life Line For Syria telah ditubuhkan pada 20 September 2012 selepas mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Taman Melawati dalam usaha menghantar misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria.
Gerakan yang dipengerusi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini turut mendapat kerjasama daripada 7 buah NGO lain seperti:
- Global Peace Mission (GPM) Malaysia
- Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
- Gabungan Selamatkan Syria
- Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM)
- Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM)
- Persatuan Pelajar Malaysia-Syria
- Malaysia Social Media Foundation (MSMF)
MFS telah melancarkan Bantuan Kecemasan: Palestin dengan sasaran kutipan sebanyak RM550,000. Kepada yang ingin memberikan sumbangan, ia boleh dibuat melalui LAMAN INI atau ke akaun Malaysian Life Line for Syria Berhad:
- MAYBANK : 5648-1051-3971
- BANK ISLAM : 1421-0010-0098-82
- AFFIN BANK : 1050-4003-0883
- BANK RAKYAT : 1111-5100-1155
Ref: BantuPalestin
5. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
- Alamat: No.1, 12, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ditubuhkan pada 30 Disember 2014. NGO ini diasaskan oleh sekumpulan anak muda dan bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti sejak pertengahan 2014 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 2016.
MVM juga telah melancarkan kempen Emergency Appeal For Palestine 2021 bagi membantu rakyat Palestin dan Gaza yang menjadi mangsa serangan dan pengeboman tentera Israel. Bantuan yang akan diberikan termasuklah barangan keperluan asas hidup, makanan, perubatan dan penempatan sementara.
Sumbangan boleh diberikan melalui LAMAN INI atau disalurkan terus ke akaun bank:
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
Penyumbang boleh mengunakan Reference: Emergency Palestin dan jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd”.
6. Aman Palestin
- Alamat: No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Aman Palestin mula beroperasi pada akhir tahun 2004 sebagai inisiatif untuk menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Aman Palestin juga ada melancarkan kempen: Bantuan Kecemasan Al-Aqsa merangkumi bantuan:
- Rawatan dan perubatan untuk orang yang cedera di Gaza dan Masjid Al-Aqsa.
- Bakul makanan kepada 10,000 keluarga miskin.
- Bantuan tunai untuk 10,000 keluarga miskin.
- Wakaf rumah (Baik Pulih Rumah & Kemudahan Sistem Solar).
Sumbangan boleh dibuat melalui LAMAN INI.
7. Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE)
- Alamat: No.9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, 43300 Seri Kembangan Selangor.
Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) adalah sebuah badan kebajikan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ahli Komuniti Kemanusiaan Asia Tenggara (SEAHUM). MyCARE mempunyai 6 buah badan agensi kemanusiaan iaitu Aqsa Syarif, i4Syria,
Rose2Rose, NICE, PACE dan Salam Iraq.
Sumbangan kepada Palestin juga boleh dibuat dengan MyCare dengan melalui LAMAN INI.
Nota: Senarai pertubuhan ini didapati berdasarkan laporan media dan penelitian. Mungkin terdapat beberapa buah lagi pertubuhan dipercayai yang tidak disenaraikan. Budi bicara dan kebijaksanaan pembaca amat dititik beratkan.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021