70% pekerja berada dalam sektor PKS. Kerajaan perlu tingkatkan lagi bantuan PKS

Dalam pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan tidak lama lagi, kerajaan dicadangkan untuk meningkatkan bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ini kerana, sektor PKS yang merangkumi hampir 70% tenaga kerja, maka ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, menurut pensyarah kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

“Sektor PKS sebenarnya perniagaan yang menyumbangkan kira-kira 39 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Jadi disebabkan itu kalau kita mahu kurangkan kadar pengangguran dan memastikan lebih ramai mendapat pekerjaan, maka pemain PKS, industri pelancongan dan hospitaliti harus diberi perhatian khusus kerana mereka menggaji majoriti penduduk kita,”  – kata Prof. Madya Dr Ahmed Razman

Selanjutnya, Ahmed Razman menyatakan bahawa jika populasi mereka yang dewasa menerima vaksin semakin bertambah, pemulihan ekonomi negara akan dipercepat. Selain itu, untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan desakan pelbagai pihak, beliau berkata, PRU tidak boleh diadakan sehingga separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.

Kita mengharapkan sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peratus daripada rakyat kita akan menerima vaksin pada bulan Jun atau Julai tahun ini. Kalau berjaya mencapai imuniti kelompok, maka waktu itu mungkin sesuai untuk diadakan PRU. Pun begitu ia adalah bergantung kepada kadar vaksinasi.

Sumber: Astro Awani.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…