JAIPs buka pengambilan jawatan kosong terkini: Ini syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

GURU TAKMIR NEGERI PERLIS

  • Penempatan: Negeri Perlis
  • Taraf Jawatan: Sambilan
  • Kadar Elaun: RM100 bagi setiap sesi kelas pengajian dan tertakluk kepada kadar tuntutan maksimum sebanyak RM900 sebulan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap serta bermastautin di Negeri Perlis;
  • Berpegang kepada Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 70 tahun daripada tarikh lantikan serta sihat tubuh badan;
  • Memiliki Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis (Kategori Umum) yang masih di dalam tempoh sah laku;
  • Mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang Agama Islam, berkeperibadian tinggi serta berhikmah dan beriltizam dalam penyampaian.

Bidang Tugas

Sebagai tenaga pengajar kelas pengajian Islam yang dilaksanakan secara berjadual mengikut kurikulum yang diselaraskan oleh JAIPs/ JAKIM/Agensi bertujuan untuk mengimarahkan:

  • Masjid
  • Surau
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penjara Malaysia

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan (muat turun – DI SINI).

Borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Bahagian Takmir JAIPs, Aras 2, Kompleks Islam Perlis Persiaran Jubli Emas, 01000, Kangar Perlis

Pemilihan serta penempatan Guru Takmir JAIPs adalah berdasarkan persetujuan Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaksanaan Program Takmir Masjid serta Surau Negeri Perlis.

Tarikh tutup permohonan pada 25 MAC 2022 (JUMAAT).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…