Perdana Menteri umum Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000: Ini penjelasannya

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas pada tengah hari tadi mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Katanya, keputusan itu diambil berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, di mana ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Tambah Ismail lagi, pihak kerajaan juga mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Akan tetapi, beliau tidak menafikan bahawa perkara itu merupakan satu keputusan sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Oleh itu, beliau merayu kepada semua pencarum KWSP supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali jika berhadapan dengan keadaan yang benar-benar mendesak.

Diharapkan para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan di hari tua.

Berkenaan dengan cara pelaksanaan, syarat-syarat dan sebagainya, ia nanti akan dimaklumkan secara terperinci oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan KWSP dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pihak KWSP telah pun mengumumkan dividen kepada setiap ahlinya iaitu sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Manakala, semakan simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman i-Akaun KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…