Pelbagai kekosongan jawatan dibuka di MDA: Tawaran gaji dari RM1,400 – RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA (MYSTEP)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,000
  2. PEGAWAI SAINS (MYSTEP)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,000
  3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (MYSTEP)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,800
  4. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN (MYSTEP)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,800
  5. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN (MYSTEP)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,600
  6. PEMANDU KENDERAAN (MYSTEP)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,400

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Syarat-syarat khusus setiap jawatan, boleh rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume dan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil Tamat Sekolah;
  • Salinan sijil akademik PMR/SPM/Diploma/Ijazah (yang berkenaan);
  • Salinan pengiktirafan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA/MQA;
  • Lain-lain dokumen sokongan lain.

 

Pemohon juga perlu menulis nama jawatan yang dimohon di atas resume, contoh: ‘PERMOHONAN JAWATAN JURUTERA MYSTEP’.

Permohonan kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Unit Khidmat Pengurusan (Sumber Manusia), Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II, Blok 3547, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Malaysia.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga secara dalam talian.

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2022, ISNIN (JAM 3 PETANG). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…