Jabatan Perangkaan Malaysia buka pengambilan jawatan terkini: Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perangkaan Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf: Kontrak
  • Tempoh Lantikan: April – Disember 2022
  • Gaji: RM1,800/sebulan
  • Penempatan: Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 20 hingga 35 tahun;
  • Mempunyai kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma dalam bidang statistik yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi kerajaan/swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mahir dalam menggunakan perisian statistik (seperti Python / R Programming / SPSS atau lain-lain;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berdisiplin dan mampu menjalankan tugas dengan bertanggungjawab;
  • Boleh bekerja lebih masa pada hujung minggu atau cuti umum.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan MySTEP Jabatan Perangkaan ini dan syarat-syarat kelayakan secara lengkap serta terperinci, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…