Pengambilan jawatan kosong terkini di PKPS: Gaji dari RM1,500 sehingga RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG PENGURUS (PERLADANGAN)

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Penempatan: Ladang PKPS Irat (Lahad Datu, Sabah)
  • Gaji: RM1,500 – RM5,672
  • Elaun: 
    • Elaun Sara Hidup
    • Elaun Rumah
    • Elaun Anak
    • Elaun Telefon

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dalam bidang Perladangan, Industri Pertanian atau yang berkaitan.
  • Kelulusan / Kemahiran:
    • Sarjana Muda/Diploma Pengurusan Perladangan, Pertanian atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan oleh Kerajaan;
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) dengan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • Mahir mengendalikan komputer dan perisian Ms Word, Excel dan sebagainya;
    • Berkemahiran dalam mengendalikan sistem dan aplikasi yang bersesuaian dengan bidang jawatan yang dipohon.
  • Kriteria Tambahan:
    • Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan minima dan berdisiplin;
    • Rajin, berdaya saing, bertanggungjawab, komited dan berdedikasi tinggi;
    • Bersedia untuk bekerja lebih masa;
    • Pengalaman dalam bidang pengurusan perladangan kelapa sawit adalah satu kelebihan: v) Boleh memandu, mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu (B2 dan D).

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan (nyatakan jawatan yang dimohon) dan resume ke e-mel: [email protected] atau ke alamat:

PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MAN USIA Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 05 APRIL 2022, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…