Peluang kerjaya dibuka di anak syarikat milik penuh MARA: Tarikh tutup permohonan 5 April 2022

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

JURUTEKNIK KOMPUTER

  • Taraf Jawatan: Sepenuh Masa
  • Penempatan: Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Kedah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
    • Memilikf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
    • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2; ATAU
    • Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
    • Memiliki Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Memillki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lengkap dua dos vaksinasi C-19.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan resume dan gambar berukuran pasport beserta salinan-salinan dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil-sijil akademik berkaitan

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected] atau secara pos/serahan tangan ke:

Seksyen Sumber Manusia dan Organisasi, Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar, Tingkat 1, Kompleks Perniagaan MARA Mergong, Seberang Jalan Putra, 05150, Alor Setar, Kedah. 

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 05 APRIL 2022, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…