Bantuan RM1,000 ‘one-off’ sempana Hari Raya Aidilfitri ini: Mereka yang layak & tarikh pembayaran

Musim perayaan sudah pasti melibatkan pelbagai jenis persiapan, khususnya kepada mereka yang berkeluarga, bakal pulang ke kampung dan sebagainya.

Prihatin dengan suasana berkenaan, pihak Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 dan RM500 kepada penjawat awam sedang berkhidmat dan para pesara kerajaan.

Akan tetapi, nampaknya bantuan seperti itu tidak hanya melibatkan Kerajaan Pusat, kerana Kerajaan Negeri Kedah juga telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’.

Bantuan berkenaan nanti akan diberikan kepada semua peringkat kakitangan yang berkhidmat di bawah perkhidmatan awam negeri Kedah, sebagai sumbangan bersempena perayaan mulia tersebut.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan pemberian bantuan itu diputuskan pihaknya pada Mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada 6 April 2022 lalu.

Malah, pihaknya turut bersetuju untuk meluaskan bantuan ini kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri itu.

“Mesyuarat Exco juga meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK seluruh negeri membabitkan seramai 2,050 penerima dengan peruntukan sebanyak RM307,500” – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, petikan dari Harian Metro.

Tambahnya, bantuan khas itu nanti akan melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM5.35 juta.

Berkenaan dengan tarikh pelaksanaan bantuan itu, pembayaran akan dibuat kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.

Berdasarkan jangkaan waktu, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 03 Mei 2022, Selasa.

Bagaimanapun, tarikh itu hanya akan diputuskan secara rasmi setelah proses melibat anak bulan dijalankan dan mendapat perkenaan dari Majlis Raja-Raja Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…