Bantuan Dari RM500-RM1500 One-Off. Ini Cara Mohon Bantuan Kewangan SIAP Untuk B40 & M40

Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada masyarakat sebelum ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dakam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan itu termasuklah yang diberikan khusus kepada golongan B40 & M40 iaitu Bantuan Kewangan SIAP untuk mereka yang layak.

SIAP pada asasnya adalah dari pihak FELDA menyediakan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP). Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga peneroka.

Merupakan hadiah insentif kepada anak-anak peneroka lepasan SPM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) atau Universiti Swasta (US) yang bekerjasama dengan FELDA.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Kadar Bantuan

Bantuan diberikan sekali sahaja kepada setiap anak peneroka yang berjaya memasuki UA/US sama ada peringkat diploma, ijazah dalam negara atau ijazah luar negara.

  • Peringkat Diploma: RM 500.00
  • Peringkat Ijazah Dalam Negara: RM 1,000.00
  • Peringkat Ijazah Luar Negara: RM 1,500.00

Syarat Kelayakan Permohonan

Anak peneroka, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan (sertakan salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat) yang bermastautin di Rancangan.

  • Peringkat Diploma : 18 hingga 23 tahun
  • Peringkat Ijazah : 18 hingga 25 tahun

Cara Memohon Bantuan

Pemohon perlu menghubungi pihak FELDA melalui talian berikut: No. Tel: 03 2191 2191 | No. Faks: 03 2191 2590 | Emel : [email protected]

Dokumen yang perlu disertakan semasa permohonan:

  • Surat tawaran kemasukan ke UA/US yang disenaraikan FELDA
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan peneroka
  • Salinan penyata pendapatan (paysheet) peneroka terkini
  • Permohonan yang tidak layak
  • Peneroka / anak peneroka yang menetap di luar rancangan FELDA
  • Pelajar mendapat tawaran ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran
  • Pelajar peringkat Sijil / Pra / Asasi (Foundation), Briged Politeknik, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Ph.D)
  • Pelajar di bawah pengajian Program Jarak Jauh (PJJ) atau Separuh Masa atau telah bekerja
  • Pemohon di bawah tajaan FELDA seperti Skim Latihan Kemahiran FELDA (SLKF) dan pelajar DKPCF ke luar negara tidak layak memohon bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…