KWSP buka semakan status permohonan hari ini: Ini 2 cara semak kelulusan & tarikh bayarannya

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pihak kerajaan telah pun membuat beberapa keputusan penting sebelum ini dengan membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Dan buat kali yang terakhir, kerajaan sekali lagi memperkenalkan program sama dengan melancarkan Pengeluaran Khas KWSP sehingga RM10,000 kepada mereka yang layak.

Pada asasnya, pengeluaran khas ini terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap, serta mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Syarat-syarat amaun pula adalah seperti berikut:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000;
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50;
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1;
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Permohonan & Semakan

Berkenaan dengan tarikh permohonan Pengeluaran Khas KWSP ini, kerajaan telah menetapkannya selama sebulan iaitu bermula pada 01 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Untuk mereka yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 09 April 2022 (Sabtu) melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP
    • Layari portal rasmi (DI SINI)
    • Klik pada butang ‘Teruskan’
    • Klik pada ‘Semak Status Permohonan’
    • Isikan maklumat No Kad Pengenalan dan No telefon
    • Status permohonan akan dinyatakan
  2. i-Akaun KWSP
    • Layari laman i-Akaun KWSP (DI SINI)
    • Log masuk di sistem berkenaan
    • Klik pada menu ‘Pengeluaran’
    • Klik pilihan ‘Sejarah Pengeluaran’
    • Status pengeluaran akan dipaparkan

 

Bagi permohonan mereka yang diluluskan, pembayaran pengeluaran khas ini akan mula dilaksanakan pada 20 April 2022, secara satu bayaran sahaja – melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan.

Bagi maklumat terperinci berkenaan pengeluaran khas ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…