Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
- Skim Perkhidmatan: Penolong Pegawai Tadbir
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kadar Upah: RM72 (sehari)
- PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
- Skim Perkhidmatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Taraf Jawatan: Sambilan
- Kadar Upah: RM54 (sehari)
Syarat-syarat Kelayakan
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – Skim Perkhidmatan: Penolong Pegawai Tadbir
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun tutup iklan jawatan;
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan adalah calon dari graduan diploma seperti berikut:
- Diploma in Marketing
- Diploma in Public Relations
- Diploma in Communication and Media
- Diploma in Business
- Diploma in New Media Cornmunication and Contentpreneurship
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) – Skim Perkhidmatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Perjawatan UiTM – muat turun DI SINI.
Pemohon seterusnya perlu menulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA, HOSPITAL UiTM, 42300, BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR, DARUL EHSAN.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 20 APRIL 2022, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.