Bayaran BKM Fasa 1 telah selesai: Ini pula jumlah bayaran & tarikh bayaran untuk BKM Fasa 2

Seperti mana semua sedia maklum, pihak kerajaan melalui Bajet 2022 telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bertujuan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Dalam masa sama, pembayaran BKM Fasa 1 telah pun mula disalurkan kepada yang layak bermula pada 28 Mac lalu dan dijangka selesai pada 8 April 2022. Makanya, selepas ini penumpuan akan ke arah BKM Fasa 2 pula sebagai bayaran kedua pada tahun ini.

Jumlah BKM Fasa 2

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500
    • RM200 (0 bilangan anak)
    • RM300 (1-2 bilangan anak)
    • RM400 (3 ke atas bilangan anak)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • RM100 (0 bilangan anak)
    • RM100 (1-2 bilangan anak)
    • RM100 (3 ke atas bilangan anak)

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500
    • RM200 (0 bilangan anak)
    • RM300 (1-2 bilangan anak)
    • RM400 (3 ke atas bilangan anak)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • RM100 (0 bilangan anak)
    • RM100 (1-2 bilangan anak)
    • RM100 (3 ke atas bilangan anak)

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500
    • RM300 (1-2 bilangan anak)
    • RM400 (3 ke atas bilangan anak)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • RM100 (1-2 bilangan anak)
    • RM100 (3 ke atas bilangan anak)

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan bawah RM5,000
    • RM150

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 2, ia akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022. Selepas melihat tarikh-tarikh bayaran bantuan kerajaan sebelum ini – ia dijangka akan dibayar pada akhir bulan Jun 2022.

Bagaimanapun, tarikh rasmi mula pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut dan lengkap berkenaan bayaran BKM, sila rujuk dan teliti – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…