Ini senarai mereka yang layak menerima bayaran tambahan BKM sebanyak RM300 – RM500

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Seperti mana yang dimaklumi, BKM diberikan kepada beberapa kategori penerima iaitu merangkumi isi rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang. Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kadar BKM & Bantuan Tambahan

Berkenaan dengan bayaran BKM, ia akan dibayar sebanyak empat fasa pada tahun ini (2022) dengan jumlah yang ditetapkan seperti berikut:

Namun begitu, terdapat mereka yang layak menerima bantuan tambahan BKM dalam kategori isi rumah. Jumlah dan kelayakan bayaran tambahan itu boleh dirujuk seperti di bawah:

  • Bantuan tambahan RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat;
  • Bantuan Tambahan RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Cara Semak Kelulusan

Bagi yang telah mengemukakan permohonan, semakan status kelulusan BKM boleh mula dilaksanakan bermula pada 28 Mac 2022 melalui portal rasmi BKM – DI SINI.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Layari portal rasmi BKM
  • Klik ‘Log Masuk BKM’
  • Masukkan ‘ID Pengguna’
  • Lakukan pegesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan ‘Kata Laluan’
  • Klik ‘Log Masuk’
  • Klik butang ‘Semakan Status’

 

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan BKM, sila rujuk di portal rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…