Golongan B40 berkelayakan boleh mohon Bantuan Tablet Percuma hari ini: Ini cara memohonnya

Melalui Bajet 2022, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Antaranya termasuklah melalui bantuan tablet percuma dikenali sebagai PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang membabitkan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.  Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada asasnya merupakan bantuan tablet percuma kepada pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Tablet percuma itu diberikan bagi membantu mereka menjalani pengajian dengan lebih selesa, sama ada di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata pemberian bantuan tablet itu nanti dijangka akan melibatkan 350,000 orang pelajar B40. Malah, tablet yang akan diagihkan juga adalah berjenama premium dan sesuai digunakan dalam sektor pendidikan yang mengguna pakai alternatif pembelajaran secara maya atau hibrid.

Namun begitu, untuk pelajar B40 yang telah memiliki tablet –  mereka tidak digalakkan memohon bantuan ini kerana mungkin sebahagiannya sudah menerima bantuan daripada pihak luar, kecuali jika peranti tersebut mengalami kerosakan.

Cara Memohon

Berkenaan dengan tarikh permohonan inisiatif ini, ia dibuka secara rasmi oleh pihak kerajaan pada 15 April 2022 (Jumaat), pada jam 8 pagi.

Kepada pemohon yang layak dan diterima permohonannya, agihan peranti akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022 dengan tarikh rasminya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Permohonannnya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Peranti Siswa Kementerian Komunikasi dan Multimedia – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
RM200 Dikreditkan Automatik Ke MyKad: Senarai Penuh Penerima & Cara Menggunakannya

RM200 Dikreditkan Automatik Ke MyKad: Senarai Penuh Penerima & Cara Menggunakannya

Di sebalik kemajuan ekonomi negara, masih terdapat sebahagian besar rakyat Malaysia yang berdepan dengan cabaran kewangan harian. Golongan ini dikenali…
Permohonan Bantuan YPJ RM200 - RM500 Telah Dibuka: Ini Cara Memohon & Syarat-Syaratnya

Permohonan Bantuan YPJ RM200 - RM500 Telah Dibuka: Ini Cara Memohon & Syarat-Syaratnya

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan detik penting dalam kehidupan setiap pelajar. Selepas menamatkan persekolahan menengah dan berjaya memperoleh keputusan…