Bantuan RM1,000 telah dibayar ke akaun penerima: Ini mereka yang layak menerima Bantuan BKK 2022

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan ia sudah pasti akan melibatkan pelbagai perbelanjaan bagi persiapan menjelang hari mulia berkenaan.

Prihatin dengan situasi itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Kerajaan Negeri atau pun Persekutuan.

Antaranya bantuan itu termasuklah Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah penjelasan lanjut mengenai bantuan khas tersebut: –

Jumlah Bayaran BKK

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran awam di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataannya berkata, pemberian BKK itu akan membabitkan sejumlah 4,050 penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM6 juta.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tambahnya, sumbangan BKK itu juga boleh dianggap sebagai usaha bagi meringankan beban kewangan penjawat awam di bawah kerajaan negeri dalam menghadapi persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tarikh Pembayaran

Seperti mana yang dimaklumakan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun, pembayaran BKK Aidilfitri akan dilaksanakan pada 15 April 2022, Jumaat kepada setiap penerimanya.

Kepada yang layak, semakan bayaran tersebut boleh dibuat melalui jabatan masing-masing atau terus disemak di akaun bank penerimaan gaji masing-masing.

Diharapkan bantuan berkenaan dapat memberikan motivasi kepada peenrimanya dalam usaha melaksanakan tugas dengan baik dan terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…