RASMI: Bukan lagi 20 April, pembayaran Pengeluaran Khas KWSP diawalkan kepada 18 April 2022

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan pada bulan lalu telah bersetuju memperkenalkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.

Pengeluaran khas ini terbuka kepada semua ahli KWSP dengan syarat mereka berumur di bawah umur 55 tahun (termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap) dan ,empunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Permohonan pengeluaran khas ini juga telah dibuka sejak 01 April lalu, dengan tarikh akhir permohonan pada 30 April 2022. Berkenaan dengan syarat-syarat amaun pengeluaran, ia adalah seperti berikut:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000;
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50;
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1;
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Kepada yang telah mengemukakan permohonan, semakan kelulusan boleh bermula pada 09 April lalu melalui Portal Pengeluaran Khas KWSP atau i-Akaun KWSP.

Manakala, pembayaran amaun kepada ahli pula akan dilaksanakan bermula pada 18 April 2022 seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di media sosial rasminya.

Akan tetapi, tidak semua pemohon akan menerima bayaran pada tarikh berkenaan kerana proses pengkreditan mungkin akan mengambil masa 1 ke 3 hari bekerja berdasarkan prosedur pihak bank.

Oleh hal demikian, jangkaan waktu kemasukan wang adalah dari 19 April hingga 22 April 2022 mengikut bank masing-masing.

Selain itu, bagi bayaran secara Arahan Bayaran, pemohon akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.

Untuk maklumat lanjut dan semakan pembayaran, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…