Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Parlimen Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
BENTARA MESYUARAT – GRED KP29
- Kementerian/Jabatan: Parlimen Malaysia
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,696
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Parlimen Malaysia.
Borang permohonan yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
- Resume;
- Salinan Sijil Kelahiran;
- Salinan MyKad;
- Salinan Kelulusan AkademiK;
- Salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Dokumen sokongan yang berkaitan.
Ia hendaklah dihantar ke alamat:
KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
BANGUNAN PARLIMEN
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 28 APRIL 2022, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan jawatan boleh didapati – DI SINI.