Pengambilan jawatan kosong terkini di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP): Tawaran gaji RM1,600

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,600/sebulan
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya . Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci kekosongan jawatan boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Manakala, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal e-Pengambilan DBP.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 27 APRIL 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan jawatan boleh dikemukakan di PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…