Bantuan RM200 – RM1,000: Ini senarai Bantuan Kerajaan yang akan dibayar dari 25 – 30 April 2022 ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui agensi-agensinya. Antaranya termasuklah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan-bantuan bulanan kepada yang berkelayakan.

Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pembayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan April ini akan dipercepatkan bersempana sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 25 hingga 30 April 2022.

Berikut adalah senarai bantuan JKM yang akan dibayar pada tarikh berkenaan: –

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan ini melibatkan jumlah sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan  mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.

Bantuan Am Persekutuan & Negeri

Bantuan ini melibatkan bayaran RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Ia diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Anak Pelihara

Objektif Bantuan Anak Pelihara adalah bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Jumlahnya adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Warga Emas (BWE)

BWE diberikan kepada warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang berkelayakan dengan nilai sebanyak RM500 sebulan. Ia diberikan bagi membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Bantuan sebanyak RM450/sebulan ini disalurkan kepada pekerja OKU bagi menggalakkan mereka terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan ini pula merupakan bantuan kewangan bulanan bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan engggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga. Bantuan ini melibatkan sumbangan sebanyak RM300 sebulan, seorang.

Bagi senarai penuh bantuan-bantuan JKM secara bulanan atau sekaligus, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…