Bantuan Kewangan RM250 – RM500 telah dikreditkan: Ini kategori penerima yang layak

Seperti mana yang semua telah sedar dan sedia maklum, pada awal bulan hadapan masyarakat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 03 Mei 2022.

Dengan kehadiran hari mulia berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada diperingkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 dan RM500 yang akan dibayar pada bulan ini. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Kategori Penerima

Berdasarkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta.

Bantuan khas ini diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dan para pesara kerajaan, dengan pembahagian berikut:

  • RM500: Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
  • RM250: Para pesara kerajaan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi kategori sedang berkhidmat, ia turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini, ia akan disalurkan kepada yang layak pada 25 April 2022, Isnin bersama dengan pembayaran gaji bulan April 2022.

Pihak kerajaan menganggap pemberian bantuan khas ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Ia juga diharapkan dapat meringankan beban kewangan para penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…