Masih belum dapat bayaran KWSP? Ini pemohon yang akan menerima bayaran pada 5 Mei 2022

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.

Permohonan pengeluaran khas ini dibuka selama sebulan iaitu dari 01 April 2022 sehingga RM30 April 2022. Ia adalah terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan memiliki jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berkenaan dengan amaun pengeluaran, ini adalah syarat-syarat yang ditetapkan:

  • Amaun kelayakan pengeluaran sehingga maksimum RM10,000;
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50;
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1;
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

 

Tarikh Bayaran

Kepada yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan permohonan boleh dibuat bermula pada 09 April 2022 melalui portal rasmi Pengeluaran Khas KWSP atau i-Akaun KWSP.

Manakala, pembayaran pula akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 20 April 2022. Namun begitu, masih terdapat mereka yang masih belum menerima bayaran walaupun telah membuat permohonan dan diluluskan.

Berdasarkan kenyataan KWSP di laman sosial rasminya, mereka yang belum menerima bayaran adalah mereka yang membuat permohonan pengeluaran khas dari 28 April 2022 dan ke atas.

Pembayaran bagi mereka ini akan disalurkan ke bank masing-masing bermula pada 05 Mei 2022, Khamis. Pemohon bagaimanapun perlu memastikan akaun bank mereka:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa);
  • Akaun bank masih aktif;
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan pengeluaran khas ini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…