Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, antara mereka yang paling terkesan sudah semestinya para tukang gunting rambut yang tidak dapat meneruskan aktiviti masing-masing. Memetik laporan Utusan Malaysia, sebahagian besar tukang gunting rambut berdepan dengan masalah kewangan akibat putus punca pendapatan.

Lebih memeritkan, kira-kira 8,000 penggunting rambut bukan sahaja berdepan dengan masalah ketiadaan pendapatan, malah diduga dengan pergolakan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Berkata kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), T.N Winda Mohd Tahir mendakwa, ada pasangan yang tertekan kerana tidak mampu membeli barangan keperluan yang akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

Tambahnya lagi, masalah itu terjadi selepas 40 peratus pengusaha kedai gunting yang mempunyai pekerja di antara 15,000 hingga 16,000 orang terpaksa gulung tikar disebabkan tidak mampu lagi menanggung sewa kedai, membayar gaji dan komitmen lain sepanjang pelaksanaan PKP pertama.

Hal itu bertambah sukar selepas mereka sekali lagi diarahkan supaya menutup operasi pada 13 Januari lalu sehingga menyebabkan industri itu kerugian hampir RM500 juta untuk setiap dua minggu pelaksanaan PKP 2.0. Dengan keputusan kerajaan melanjutkan lagi PKP sehingga 18 Februari ini, sudah semestinya kerugian itu semakin meningkat.

“Saya tidak henti-henti menerima panggilan telefon, WhatsApp, mesej langsung (DM) daripada rakan-rakan dalam industri bertanyakan jangkaan kebenaran untuk beroperasi semula. Saya sendiri tiada jawapan, sebaliknya perlu menunggu pengumuman kerajaan.

Sedih mendengar mereka mengadu masalah rumah tangga yang berantakan sehingga ada yang mahu bercerai-berai.” – T.N Winda Mohd Tahir, petikan dari Utusan Malaysia.

 

Sumber: Utusan Malaysia.

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…