Berpendapatan bawah RM2,208 sebulan: Ini cara memohon Bantuan Kewangan RM350 setiap bulan

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatannya.

Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Am Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Jumlah Bantuan

Objektif Bantuan Am Negeri adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Jumlah bantuannya pula adalah minimum RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

Berkenaan dengan kelayakan menerima Bantuan Am Negeri, setiap pemohon itu hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan, permohonan Bantuan Am Negeri boleh dikemukakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdekat.

Bagi memudahkan permohonan, pemohon perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut ketika ke JKM:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…