Rakyat Malaysia boleh dapatkan wang tak dituntut (WTD): Ini cara semak & mendapatkannya secara online

Pada April 2021, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) memaklumkan – sekitar RM9.4 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada di bawah simpanan jabatan itu, manakala RM2.4 bilion telah dibayar balik kepada penerima yang berhak.

WTD pada asasnya merupakan wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya, namun ia tidak dibayar dalam tempoh melebihi setahun seperti gaji, bonus, komisen, upah, dividen dan deposit.

Akan tetapi, sebenarnya setiap rakyat Malaysia boleh membuat semakan dan mendapat WTD masing-masing secara atas talian (online). Berikut adalah tatacaranya:-

Cara Membuat Semakan WTD

Individu dan syarikat/firma senbenarnya boleh membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat. Ia boleh dibuat dengan cara berikut:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian;
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar;
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna;
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada);
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Membuat Tuntutan WTD

Kepada yang telah membuat pendaftaran (seperti di atas) tuntutan WTD boleh dibuat melalui portal sama. Caranya adalah seperti di bawah:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal e-GUMIS;
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu);
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”;
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”;
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”;
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan;
  • Langkah 7 : Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap disahkan;
  • Langkah 8 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan WTD, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…