Parlimen Malaysia buka pengambilan jawatan kosong terkini: Gaji RM3,551 hingga RM10,406

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Parlimen Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL – GRED N44

  • Kementerian/Jabatan: Parlimen Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Bilangan Kekosongan: 5
  • Jadual Gaji: RM3,551 – RM10,406

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
  • Telah lengkap divaksin.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Parlimen Malaysia dan dilampirkan bersama:

  • Gambar terkini berukuran passport (tidak dikembalikan);
  • Resume;
  • Salinan MyKad;
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan kelulusan akademik;
  • Salinan sijil berhenti sekolah, journal/ hasil penyelidikan (jika ada);
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

 

Semua salinan dokumen-dokumen sokongan itu hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 ke atas) dan dihantar ke alamat:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
BANGUNAN PARLIMEN, JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 12 MEI 2022, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…