Tak semua kategori akan dapat BKM Fasa 2: Ini senarai mereka yang layak & tarikh bayarannya

Melalui Bajet 2022, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antara yang paling menonjol adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan penerima daripada golongan B40 dan M40.

Berkenaan BKM Fasa 1, ia telah pun disalurkan kepada yang berkelayakan bermula pada 28 Mac lalu dengan jumlah pembayaran dari RM150 sehingga RM300. Manakala, ini pula adalah maklumat berkenaan BKM Fasa 2 yang dilaksanakan tidak lama lagi: –

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

BKM Fasa 2 nampaknya berbeza dengan Fasa 1 kerana ia tidak melibatkan semua kategori dan jumlah seperti mana sebelumnya. Berikut adalah jumlah bayaran BKM Fasa 2 kepada setiap kategori berkelayakan:

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1- 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1- 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1- 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100
    • Bilangan anak 1- 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

 

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1- 2: RM300
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1- 2: RM100
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100

 

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Bayaran BKM Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 2, ia dijadualkan pada bulan Jun 2022. Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, permohonan rayuan BKM bagi mereka yang tidak diluluskan dibuka dari 2 Mei sehingga 2 Jun 2022. Ia boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal rasmi BKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…