Pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini di KUIS: Gaji dari RM1,500 sehingga RM11,285

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENSYARAH – GRED DK45
    • Taraf Jawatan: Lantikan Kontrak
    • Gaji: RM2,878 – RM10,075
  2. PENSYARAH KANAN – GRED DK51
    • Taraf Jawatan: Lantikan Kontrak
    • Gaji: RM5,637 – RM11,285
  3. PENYELIA ASRAMA (SISWI) – N17
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM3,375

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan KUIS secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Profil Peribadi / Resume termasuk nombor telefon dan alamat e-mel terkini;
  • Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
  • Kad Pengenalan yang telah disahkan;
  • Salinan sijil kelulusan berkaitan yang telah disahkan;
  • Transkrip Akademik yang telah disahkan;
  • Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara) yang telah disahkan;
  • Sijil SPM atau setaraf yang telah disahkan;
  • Sijil Berhenti Sekolah Menengah yang telah disahkan; dan
  • Sijil Kokurikulum yang telah disahkan.

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 08 JUN 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…