Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini sedang membuka pengambilan banyak kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI PENYELIDIK – GRED Q41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM2,315 – RM9,618
- Kekosongan: 2
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,315 – RM9,618
- Kekosongan: 1
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- Kekosongan: 1
- PEMBANTU PENERBITAN – GRED N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- Kekosongan: 1
- PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N41)
- Taraf Jawatan: Kontrak Projek
- Gaji: RM2,080
- Kekosongan: 1
- PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED W29)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,498
- Kekosongan: 1
- PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED FA29)
- Taraf Jawatan: Kontrak Projek
- Gaji: RM1,855
- Kekosongan: 1
- PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
- Taraf Jawatan: PSH
- Gaji: RM72/sehari
- Kekosongan: 2
- PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,218 – RM2,939
- Kekosongan: 1
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan jawatan;
- Kelayakan akademik bagi setiap jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan jawatan dengan lengkap dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen berikut:
- Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 07 JUN 2022, SELASA (5 PETANG).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk – DI SINI.