Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan skim telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sema ada di peringkat Persekutuan dan Negeri.
Antaranya termasuklah sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Skim Dermasiswa Dalam Negara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Melalui skim ini, ia telah membuka peluang kepada mereka yang memerlukan melanjutkan pelajaran di bawah penajaan MAIPk.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar bermastautin di negeri Perak;
- Pelajar daripada keluarga B40 (keutamaan kepada asnaf Fakir dan Miskin);
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022;
- Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT (dalam negara sahaja ) yang disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Bidang & Peringkat Pengajian
- Sains dan Teknologi – Diploma Sains Aktuari
- Klinikal dan Kesihatan – Diploma Fisioterapi / Asasi Sains Perubatan
- Kejuruteraan dan Teknikal – Asasi Sains Kejuruteraan
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan skim penajaan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan bantuan secara lengkap.
Borang itu kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat: Unit Pembangunan Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat, Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Dimaklumkan juga bahawa kuota penajaan skim ini adalah terhad.
Tarikh tutup permohonan penajaan adalah pada 17 JUN 2022, JUMAAT.
Bagi maklumat lanjut berkenaan skim ini boleh dirujuk DI SINI dan borang permohonan boleh dimuat turun DI SINI.