Pendapatan keluarga dalam kategori B40: Ini cara memohon Bantuan Kewangan ‘one-off’ RM2,700

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan – sama ada diperingkat Persekutuan dan Negeri.

Antaranya termasuklah sebuah skim bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melibatkan pemberian bantuan kewangan RM2,700 secara ‘one-off’. Bantuan itu dikenali sebagai Geran Pelancaran dan ini adalah penjelasannya: –

Objektif Utama Bantuan

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu / keluarga;
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon merupakan kumpulan sasar JKM;
    • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Dimaklumkan bahawa Geran Pelancaran ini hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM sahaja. Ini bermakna, bantuan Geran Pelancaran hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.

Makanya, pemohon perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu dan sekiranya telah tersenarai sebagai penerima bantuan, pemohon bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Permohonan bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi JKM atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…