Pelbagai kekosongan jawatan di Institut Sukan Negara (ISN) Jun 2022: Gaji RM1,797 – RM13,256

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Sukan Negara (ISN) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI BELIA & SUKAN – S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN – U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  3. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/44/UD47/48/UD51/52/UD53/54
    • Gaji:
      • UD43: RM3,611 – RM10,560
      • UD47: RM5,211 – RM11,769
      • UD51: RM5,860 – RM12,449
      • UD53: RM6,182 – RM13,256

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Jawatan ISN dengan lengkap dan melampirkannya bersama salinan dokumen-dokumen sokongan (disahkan) berikut:

  • Salinan Kad Pengenalandan salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil SPM/MCE, HSE/STPM atau setaraf;
  • Salinan Diploma/ Diploma lanjutan/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan (skrol dan transkrip akademik terperinci);
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji;
  • Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan bersama-sama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Penuh danSijil Amalan Tahunan (Majlis Perubatan Malaysia) bagi jawatan PEGAWAI PERUBATAN.

 

Pemohon perlu menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan huruf besar ke e-mel: [email protected] atau ke alamat:

CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
ARAS 1, BAHAGIAN PENGURUSAN,
INSTITUT SUKAN NEGARA,
KOMPLEKS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL
57000 KUALA LUMPUR

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 27 JUN 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Jawatan Kosong Besar-Besaran Kementerian Belia & Sukan (KBS): Gaji Permulaan Sehingga RM6,560

Pada ketika ini, Kementerian Belia & Sukan (KBS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan: Ini Cara Semak Kelayakan

Bil elektrik merupakan antara komitmen bulanan yang wajib dilunaskan oleh hampir setiap isi rumah di Malaysia. Ia bukan sekadar angka…
Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…