Tergolong dalam golongan B40? Ini cara memohon Bantuan Am RM100 – RM350 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada diperingkat Negeri atau Persekutuan. Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Am Negeri dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Objektif bantuan ini adalah diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Berikut adakah maklumat lanjut mengenainya: –

Jumlah Bantuan

Bantuan ini melibatkan jumlah kewangan bulanan sebanyak RM100 seorang dan maksimum RM350 sekeluarga mengikut kelayakan masing-masing.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
    • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; atau
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan bantuan JKM boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan di bawah JKM, sila rujuk di portal rasmi JKM atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…