Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PENGURUS KEWANGAN & PENGURUSAN ASET – W41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji Permulaan: RM2,820
- WARDEN ASRAMA(LELAKI SAHAJA) – N19
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji Permulaan: RM1,352
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Resume;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan sijil-sijil akademik;
- Sekeping gambar berukuran passport.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NEGERI TERENGGANU (TESDEC)
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
(u/p : Bahagian Sumber Manusia)
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 04 JULAI 2022, ISNIN.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk – DI SINI.