Permohonan bantuan BINGKAS RM300 tahun 2022 telah dibuka: Ini senarai penerima & cara memohon

Dalam membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Antaranya termasuklah melalui sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai BINGKAS yang melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap bulan. Ia dilaksanakan bagi meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar anak-anak.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Mendaftar

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran BINGKAS telah dibuka untuk permohonan.

Permohonan boleh dilaksanakan secara atas talian di Sistem Pendaftaran BINGKAS secara atas talian (online). Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Untuk maklumat terperinci berkenaan BINGKAS sila rujuk DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…