Permohonan dibuka sepanjang tahun: Ini cara mendaftar Bantuan Kewangan RM480 dari KWSP

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Ia termasuklah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melancarkan Insentif Khas Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

Program ini bertujuan bagi membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP dan memastikan kesejahteraan serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insentif ini: –

Manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia

  • Sumbangan Kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Belum mencapai usia 55 tahun;
  3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  4. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

Cara Mendaftar

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran insentif ini boleh dibuat melalui Kios atau Kaunter KWSP terdekat dengan membawa dokumen pengenalan diri.

Bagi yang telah mendaftar, caruman boleh dibuat oleh diri sendiri (isteri) atau suami kepada pasangan yang layak.

Berkenaan dengan kaedah caruman pula, ia boleh dilaksankan dengan pelbagai saluran iaitu:

  • Perbankan Internet;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter KWSP.

 

Maklumat lanjut berkenaan insentif ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…