Sewa rumah serendah RM124/sebulan: Ini ciri-ciri & cara mendaftar Bantuan Rumah PPR Disewa

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ia termasuklah dengan memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa yang bertujuan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Untuk makluman, kadar sewa PPR Disewa adalah serendah RM124/sebulan, tidak termasuk kos penyelenggaraan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Ciri-Ciri PPR Disewa

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Cara Memohon

Berkenaan dengan cara memohon PPR Disewa ia boleh dibuat secara atas talian di Portal TEDUH, Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Senarai carian projek-projek perumahan yang dibuka di bawah KPKT juga boleh disemak di portal sama dengan pergi ke bahagian ‘CARIAN PROJEK’ di menu utama laman web.

Untuk maklumat lengkap berkenaan PPR Disewa dan permohonannya, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…