Pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini di Jabatan Pertanian Negeri: Gaji sehingga RM2,939

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU AWAM – GRED H11
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  2. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan (Seksyen Kewangan), Jabatan Pertanian Negeri Kedah dengan bayaran RM2.00.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen (diakui sah) berikut:

  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Berhenti Sekolah;
  • Kelulusan Akademik Sijil/Diploma/ljazah, mana yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;
  • Satu keping gambar terbaru berukuran passport;
  • Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada).

 

Borang permohonan seterusnya hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm dan di sudut atas sebelah kiri sampul ditulis NAMA JAWATAN yang dimohon, serta dihantar ke alamat:

Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman, Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah 06600 Kuala Kedah KEDAH DARUL AMAN (u.p: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 21 OGOS 2022, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…