Pengambilan besar-besaran Perajurit Muda TLDM Siri 225/23: Gaji permulaan sehingga RM2,341.07

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini sedang membuka pengambilan Perajurit Muda (PtM) TLDM Siri 225/23.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERAJURIT MUDA (PTM) TLDM SIRI 225/23

  • Gaji permulaan Latihan Perajurit Muda (6 bulan): RM1,774
  • Gaji permulaan diperjawatkan (kelulusan):
    • SPM/SVM: RM1,879
    • SPM dan SKM Tahap 2: RM1,945.01
    • SPM dan SKM Tahap 3: RM2,011.02
    • Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus): RM2,341.07

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Syarat kelayakan akademik dan taraf kesihatan boleh dirujuk di hebahan rasmi dari TLDM.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi TLDM.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan berpeluang dipilih untuk ke pemilihan.

Tarikh tutup permohonan pada 26 SEPTEMBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan secara atas talian boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…