Ini cara membuat pengeluaran KWSP sebelum berumur 55 tahun yang kita semua perlu tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan kemudahan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan para ahlinya membuat pengeluaran kewangan sebelum usia 55 tahun. Berikut adalah senarai tujuan pengeluaran yang boleh dibuat melalui Akaun 2 sebelum berusia 55 tahun:

Pengeluaran pada usia 50 tahun

Apabila mencapai usia 50 tahun, ahli boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 mereka bagi digunakan sebagai persediaan untuk persaraan.

Pengeluaran untuk Beli Rumah

Ahli yang ingin membeli rumah dibolehkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. Pembelian itu merangkumi rumah kediaman seperti jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pengeluaran untuk Bina Rumah

Bagi membantu para ahlinya membina rumah, KWSP membenarkan mereka membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Salah satu syaratnya adalah Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima.

Pengeluaran bagi Pendidikan

KWSP membenarkan para ahlinya membuat mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Pengeluaran bagi Menunaikan Haji

Para ahli KWSP yang beragama Islam boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi mengerjakan ibadat haji sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Untuk senarai lengkap jenis-jenis pengeluaran, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon boleh dirujuk lebih lanjut melalui Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…