Selain dapat dividen, Ini cara memohon Bantuan Kewangan RM480/setahun dari insentif khas KWSP

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya termasuklah sebuah insentif khas di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP. Skim ini pada asasnya untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insentif khas ini:

Faedah-faedah insentif khas

Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP ini memboleh golongan suri rumah mencarum di KWSP. Mereka yang mencarum, kemudiannya boleh meneriman manfaat-manfaat beirkut:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pendaftaran skim ini boleh dilaksanakan di kios atau kaunter KWSP terdekat.

Berkenaan dengan siapa yang boleh mencarum, ia boleh dilaksanakan sendiri oleh suri rumah atau suami kepada pasangan yang layak.

Untuk maklumat lengkap berkenaan Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP sila rujuk di portal rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…